Kenali Jenis2 Kain



Dull Satin Valentro
Fabrik ini jika di bandingkan dengan satin-satin jenis yang lain, material nya tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Kain dull satin jenis ini berasal daripada Korea. Dull satin ini ada 2 jenis iaitu valentro dan heavy valentro, jenis kain ini di kategorikan mengikut berat dan ketebalan masing-masing. Warnanya tidak terlalu berkilat dan kelihatan elegan bila di gayakan. Jenis fabrik ini membuat kan jubah kelihatan flowy semasa dipakai. Kain dull satin valentro mempunyai banyak pilihan warna seperti warna-warna asas, warna terang, dan juga warna pastel. Kain jenis ini berbidang 60 inch, hanya 3-3.5meter sudah mencukupi untuk membuat sehelai jubah. Kain valentro adalah jenis ‘washable’ dan perlu di gosok untuk kelihatan lebih rapi.

Como Crepe
Kain jenis ini sangat di gemari oleh peminat jubah di Malaysia. Materialnya lembut dan tidak panas. Kain nya agak berat berbanding kain satin. Material como crepe tidak jarang, dan tidak mudah berkedut. Ciri-ciri kain como crepe yang berat membuatkan si pemakai nampak agak kurus ketika menggayakannya. Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna-warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang. Kain como crepe adalah material washable dan perlukan light ironing sebelum di pakai.

Moss Crepe
Fabrik Moss Crepe ini juga mempunyai peminat yang tersendiri kerana kelebihannya yang tidak perlu di gosok. Materialnya yang lebih lembut berbanding kain como crepe membuatkannya lebih sedap dan sejuk di pakai. Material jenis ini lebih nipis berbanding como crepe tetapi tidak jarang dan selamat. Kain moss crepe bukan sahaja sesuai di buat jubah tetapi juga untuk blouse dan cardigan panjang. Kain jenis ini juga seperti como crepe, bersifat berat dan jatuh membuatkan si pemakai tampak lebih slim ketika mengenakannya. Pilihan warna untuk moss crepe juga banyak, ada juga yang dual tone. Material ini tidak turun warnanya ketika basuh dan langsung tidak perlu di gosok. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang memangku anak 

Cotton
Kain yang asalnya daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab seperti di Malaysia ini. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.

Antara ciri – ciri lainnya
    nyaman dan mudah menyerap keringat saat digunakan    kain terasa dingin di kulit dan sedikit kaku    kain akan rosak apabila direndam lebih dari 2 jam.    noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.    boleh dicuci atau di dry clean    tidak mudah kusut saat dicuci     apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu dan jalannya api lambat.

Lycra
Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

Songket
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu. Tetapi sekarang sudah terdapat songket printed yang mempunyai corak seakan songket tetapi bukan hasil dari tenunan.